Home of future leader. (:




NAMA Maktab Tentera Diraja (MTD) sinonim dengan kecemerlangan, baik dari segi akademik, disiplin, kokurikulum, mahupun sukan. MTD merupakan satu-satunya institusi pendidikan peringkat menengah yang bercorak ketenteraan di Malaysia; sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan.

Ia juga satu-satunya sekolah di Malaysia yang mempunyai gelaran 'Diraja' dengan setiap pelajar dikenali sebagai Putera manakala bekas pelajar pula dipanggil Old Putera atau OP.
Untuk memasuki MTD, bakal bakal putera haruslah di temu duga. Temu duga akhir akan di adakan di kompleks baharu MTD di Kem Perdana Sungai Besi untuk 600 pelajar cemerlang PT3 dari Semenanjung Malaysia, yang terpilih daripada 5,000 pemohon, bagi merebut 250 tempat sebagai pelajar tingkatan empat di MTD. Untuk pelajar di Malaysia Timur, mereka akan ditemu duga di Kota Kinabalu dan Tawau bagi negeri Sabah, serta Kuching dan Miri di Sarawak.

Jika di MRSM, calon dikehendaki menduduki ujian bertulis sebagai saringan, dan untuk SBP yang lain, hanya berdasarkan keputusan PT3 dan aktiviti kokurikulum. Di MTD, calon-calon turut diuji dengan ujian kecergasan asas iaitu larian 2.4 km, larian ulang alik, lompat jauh, mendagu dan bangkit tubi. Calon juga perlu melepasi syarat minimum 7A dalam PT3, lulus pemeriksaan perubatan, serta tidak rabun warna.
Jika begitu susah untuk mendapat tempat di MTD, mengapa begitu ramai yang masih berminat untuk memasuki sekolah tersebut? Lebih-lebih lagi terdapat cerita kononnya pelajar MTD turut didera secara mental dan fizikal?
Secara umumnya, matlamat utama MTD adalah melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan melalui hidup yang berjadual, disiplin yang mantap serta penuh dengan budaya ketenteraan. 

Sejarah kecemerlangan putera bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan. Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM. Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan. MTD telah ditubuhkan untuk merealisasikan piagam MTD iaitu

PIAGAM
Untuk Menyediakan Belia-Belia Malaysia Mengambil Tempat Sebagai Pegawai-Pegawai Dalam Angkatan Tentera Malaysia, Menjadi Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam, Menjadi Pemimpin-Peminpin dalam bidang Ikhtisas, Perdagangan dan Perusahaan Negara
Piagam ini telah ilhamkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dengan tujuan apabila MTD ditubuhkan pada tahun 1952, maka ianya dapat membantu Negara melahirkan bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui Negara apabila Negara mencapai kemerdekaan pada 1957 nanti. Bagi menyambung matlamat dan inspirasi piagam tersebut sehingga hari ini, MTD telah meletak sebuah Visi dan Misi bagi menyokong matlamat piagam tersebut.

Di samping itu, untuk membentuk putera putera menjadi seorang bakal pemimpin di masa hadapan, putera putera juga diterapkan dengan empat rukun putera iaitu:




Putera putera di bahagiakan kepada dua, new boy, gelaran kepada putera tingkatan 4 dan senior putera, gelaran kepada putera tingkatan 5. Di kalangan putera, terdapat beberapa putera yang di pilih untuk memegang jawatan atau pangkat. Ianya di pilih mengikut tahap kewibawaan dan kemantapan individu dan di pilih oleh senior putera dan jurulatih. pangkat pangkat yang di pegang adalah seperti berikut. 




Putera putera tingkatan 4 atau newboy akan dibahagikan kepada 8 kompeni iaitu:



  • Alpha (navy blue)
  • Bravo (yellow)
  • Charlie (green)
  • Delta (red)
  • Echo (black)
  • Foxtrot (maroon)
  • Golf (orange)
  • Hotel (blue)
Kelapan-lapan kompeni akan bertanding dalam empat piala iaitu:
  • Piala Ali (akademik)
  • Piala Murad (ketenteraan)
  • Piala Halim (sukan utama)
  • Piala Razak (sukan tambahan).


Pemenang keseluruhan kompeni akan memenangi Piala Komandan, di mana piala tersebut akan diserahkan oleh Menteri pertahanan pada Passing Out Parade di penghujung tahun. Kesemua putera kompeni tersebut akan memakai lanyard kuning di bahu kanan pada passing out parade dan juga pada sepanjang tahun tahun hadapan. 


Putera putera akan menjalani beberapa aktiviti aktiviti di sepanjang tahun di mana aktiviti aktiviti tersebut bukan sahaja membolehkan putera merasai aura aura ketenteraan bahkan dapat menaikkan semangat kepimpinan mereka dan juga semangat kerjasama antara mereka. 

sekadar hiasan.
Setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran. Begitu juga bagi kehidupan setiap putera putera maktab tentera diraja. Mereka akan menamatkan pembelajaran mereka dengan Perbarisan Tahunan Putera atau lebih dikenali sebagai Passing out parade (POP). Passing out parade ini di hadiri oleh beberapa orang penting di Malaysia. Antaranya ialah, Menteri pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan juga Panglima Tentera Udara. 



Seperti kebiasaan, selepas POP, Senior putera akan secara automatik mendapat gelaran Old Putera(OP). Mereka akan mendapat cincin ( OP ring) sebagai tanda bahawa mereka telah berjaya mengakhiri latihan di rmc dan juga sebagai tanda kenangan semasa berada di rmc.Tradisi ini di ilhamkan oleh tradisi yang sama dimana ianya di praktikkan di Royal Military Academy Sandhurst .
Tambahan, OPs akan memakai tie hijau mereka pada setiap hari rabu bagi memudahkan mereka mengenali dan mengecam OPs yang lain tidak kira bangsa, generasi dan juga agama.

Comments

Popular posts from this blog

Types of leadership styles

The Fall of Malacca Empire

ISPS level of Security